Sunday, June 3, 2018

Dia

Bismillahirahmanirahim

3 Jun 2018 2.34am

Tulisan kali ini lebih kepada kerisauan dan rasa syahduya yang melanda diri sahaja.

Sedar tak sedar.. Dia telah hampir menamatkan pengajiannya dia UTM. Setahun lebih juga kenal dia. sekarang akhir semester. Minggu Peperiksaan Akhir. VIVA 1 dan 2 juga dia telah lepas. Dalam proses Hardbound katanya tempoh hari.

3 kertas yang akan didudukinya pada Peperiksaan Akhir ini. 4,5 dan 10 Jun ini.

Tanggal 11 haribulan Jun. Dia minta aku hantarnya ke Terminal Larkin dan berbuka puasa sekali petang itu memadangakan tiket bus dalam jam 8lebih malam. Ini dipersetujui bersama tempoh hari *Post rindu terubat*

semasa aku di pekan pahang tempoh hari (bulan 3/4) juga dia ada beritahu untuk aku hantar dia ke larkin. cuma mungkin dia ingin mengingatkan aku lagi, barangkali?.. aku berfikir positif.

Kadang fikiran aku terarah apabila dia tiada lagi disini. tiada lagi di gelanggang untuk aku curi lihat susukmya dari jauh (walau mata rabun teruks). Tiada lagi dihadapan mata. perbualan mata ke mata. Dia tiada disini. ya, Dia..

Aku cuma sedih sikitlah. aku sedar..Ya Aku sedar sekali. dia tak lain dan tak bukan hadir..
.
Hadir sebagai ujian kepada diri yang banyak khilaf. 
Hadir sebagai penghibur hati.
Hadir sebagai peringatan.
Hadir sebagai penguat iman.
Hadir sebagai guru.
Hadir sebagai sahabat yang baik.
Hadir sebagai pendengar yang baik.
Hadir sebagai pengulas yang baik.
Hadir sebagai Crush.
Hadir sebagai pinjaman sementara.
dan Hadir sebagai Calon suami.
.
Aku tidak lain tidak dapat menolak takdir yang hadir. Aku rasional, ini ujian Allah. Aku tidak dapat mengenggam hatinya apalagi memasakkan rasa dalam dirinya. Aku tiada kuasa.

Rasa yang hadir dalam diri aku terhadapnya jua suatu pinjaman Nya.
.
Aku telah berusaha dalam mencuri perhatiannya, menghadirkan diri dalam hidupnya sepanjang perkenalan kami di UTM. dan paling penting berdoa dan memohon bantuan Allah dalam urusanku.

Jadi hanya kepada Nya aku memohon untuk diberikan yang terbaik dalam hidup ku ini.

Apa pun rencanaMu ya Allah.. jika dia pergi terus menjauh dari hidupku dan bersama orang lain dikemudian hari dan bahagia.. Aku perlu redha.. dan meneruskan hidup, moga terbaik untuk diri Ini..

Semoga Dia selalu dalam Jagaan, Rahmat dan PeliharaanMu. Insya Allah.

Amin ya Rabbal Alamin..

No comments:

Post a Comment