Sunday, May 27, 2018

Pengenalan Bibit Perkenalan MHWIH

Bismillahirohmanirahim..

*Gelak kecil dengan nakalnya*

Sudah kenapa,.. mulakan dengan post Rindu terubat..? Pengenalan tiada ke, sis? Siapa dia ni? kenapa bila baca post tu nampak ada sirna diwajahmu. bahagia barangkali?

Baiklah..
Insya Allah, Saya kongsi sedikit pengalaman jiwa raga ini bertemu dirinya.. pertama-2, ingin kuucapakan rasa syukur kehadrat Illahi kerana atas limpah Rahmat dan Kurnianya.. Aku masih bernafas, beraktif, berkerja dan perbuatan-2 yang sewaktu dengannya yang lain.

Khoir..

Post-2 selepas ini tidak bermakna untuk tatap semua sebagai pemberitahuan kepada seluruh dunia akan perasaan yang melanda. Ini tidak lain dan tidak bukan sebagai pengalaman liku hidup diri ini yang telah menginjak usia 24 tahun, 2 Januari lalu. yang boleh dijadikan ingatan dan pedoman buat diri dan mungkin pembaca lain, disamping menjadi journal diri sepanjang nafas ini. Insya Allah..

Sebenarnya, cara awal perkenalan kami tidaklah sebegitu rumit. Mudah, aku hanya suka akan sukan badminton (gila amat dah sukan ini). kala itu, pada tahun 2016 aku sedang meningkatkan kemahiran diri dengan sukan berkenaan.. Jadi, yaa..kami bertemu di gelangang badminton. aku newbie = noob. hahaha. yalah, baru betul-2 tekad dan berjinak dengan sukan ini.. (nanti la aku share kenapa tekad sekali dah aku masa itu)

Pada suatu hari, jika tidak silap ingatanku.. pada akhir 2016, bulan november akhir rasanya (tidak ingat hb).. aku sampai gelanggang awal masa itu, teamate mungkin belum sampai lagi.. Dia pun, kebetulan berada berdekatan dengan pentas tengah SPH1, UTM. Tiba-2 dia berkata..

"Kak, jomlah kita pukul-2 dulu.." - W

Aku apa lagi, ikut lar pukui-2 bulu tangkis dengan dia di court 6 (kalau xsilap).. "Sambil berkata, xpayah la pangil kak bagai" *Confident dalam hati diorang ni baya aku jer*

Perkenalkan nama sambil-2 itu..

Setelah..dah habis, kena pukul-2.. apa lagi, letih la jugak..

Aku bertanya sebelum hendak pulang, "Tahun berapa..?"

Dia menjawab "Tahun 3"

Aku mencongak-2 lalu berkata, "Ooo.. ya ka?.. jadi umur 23 ke?"

"haah..betul.." - W

Dengan niat nakal dalam hati bercampur keinginan tahu lalu kubertanya, "Cuba teka umur saya berapa?" *Sengih*

"hmm..24 kot" xsilap jugak la di ckp mcm ni..

Lega hatiku..xjauh tersasar umur tekaan. okay lah.. muda lagi kalau diteka orang..hahhaha

"hehe..tolak 1, jadi kita sebaya okay? ", aku senyum manis

"ada Ig ker, mudah sikit nak contact..jadi sifu sayalah..bole?.." aku berkata sambil sengih (sebenarnya tak ingat sangat macam mana boleh dapat contact no dia..aku rasa IG tau dulu..then baru dpt no contact dia)

.
*Bersambung*

No comments:

Post a Comment