Bismillahirahmanirahim..
Ya Allah, segala apa yang aku nikmati harini adalah merupakan daripada rahmat-Mu. Aku bersyukur atas pemberian-Mu.
Harini, kurasakan agak keletihan mahupun, masih pagi. mungkin kerana semalam tertidur dengan agak lama. malu juga nak sharing, sepatutnya aku boleh bangun malam untuk menunaikan solat terawih bagi Ramadan hari ke-5. namun, aku gagal. aku lebih melayan nafsuku ini, punca juga semalam pinggang ku sakit, lalu aku memutuskan untuk tidur awal selapas isyak. Astagfirullah..
Semoga Allah, memberikan kami kekuatan untuk melawan hawa nafsu dan diberikan kekuatan untuk lebih mendekati-Mu, Ya Allah.
Hari ini juga kurang lebih jam 11.47 pagi, tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Lebih terkejut, bila aku melihat si pemanggil itu MHW.
Dia memberi salam dan terus berkata, "Kenapa awak xingatkan saya serunding awak.. nasib saya kemas2 bag td dan terjumpa.. dah 1 minggu lebih dah makcik.. "
Saya pun menjawab, "hahahaha...awak ni, saya pegang pada kata2 awak haritu. kan awak kata, kalau awak beli, nanti awak bagi tahu.. Jadi, saya ingat, awak xsempat beli la.."
"Awak kat mana sekarang?.." - W
"Saya kat office la.."
"okay2, nanti saya sampai saya bgtau.." - W
.....
Masya Allah.. keriangan menyusuri hati. Rindu. Ya, rindu.
Rindu itu terubat bila berjumpanya tadi.
Tadi dia call semula 12.03 pm menyatakan telah sampai di CICT.
Dia berikan keropok dan serunding. aku bertanya berapa RM? dia kata xpayah lah..sikit saja.. kami Borak2 panjang.. Dia cerita pasal projek kumpulan dia yang tak settel.. team member kurang berikan kerjasama. Dia terpalit dikatakan telah siap FYP sedangkan dia masih perlu membuat tambahbaik. Menurutnya, dia menyiapakan FYP dahulu baru membuat Journal. Ni kalau xsilap ingatanku la (Journal dulu baru FYP, antara satu)
.
Dia ceritakan peristiwa dia dan Pojie tukar nama pada tiket kapal terbang tempoh hari (Khamis) tengahari-perlu tunggu hingga jam 2 petang untuk ke kaunter di Lapangan Terbang Senai. Mereka memutuskan untuk terus ke Pej. Pos Dato Onn untuk pos motornya ke kampung halaman dengan menaiki 2 motor masing2. mendebarkan, apabila sampai nampak office dah tutup..dia menyusur motor ke pintu keluar dan menyapa pegwai untuk mebantunya untuk pos motor. kram katanya..huhui lama bawa motor..Maysa Allah, kasihan dia. makulman katanya, moto boleh pergi jauh 80kmh shj.. fuh.. Kasihan mereka, Ya Allah.. Alhamdulillah urusannya telah selesai.
.
Kemudian, sebelum dia berlalu kerna katanya ada test mandrin petang itu dan sempat meminta mendoakannya.. dia berkata dia akan pulang ke kampung halamannya 11 jun ini.
"Eh, saya ingat awak balik 12 hb.. 11 hb ya?.."
"Haaah, yalah.. 12 hb" - W
"ohh, haa2 okay2.. saya hantarkan?.."
"Nanti awak hantar saya okay?.." - W
"Insya Allah, okay nanti saya ambil awak dekat kolej.."
"haaa..okay.. Saya nak p beli tiket, risau habis pula tiket.." - W
"Ohh, okay baik-baik"
"Haa.. Jaga diri & selamat berbuka..Assalamualaikum" - W, sambil berlalu dengan motornya
Aku Senyum, "jaga diri jugak, selamat berbuka .. Waalaikumusalam.."
.
.
Masya Allah, pertemuan seketika yang menteteramkan hati.
Ya, sepanjang dia bercakap aku terus melihat dia. melihat ke dalam matanya. Masya Allah, Astagfirullah.. Syukur la dalam 30 min shj kami bersua.
.
.
Pada part mana ntah, dia ada tiba-tiba bertanya "Awak, saya handsome tak?..", sambil sipu2 senyum
Saya buat muka cebik padanya.. dengan niat nak menyakat dirinya..hahaha
"Awak, saya handsomekan..?" - Dia bertanya lagi
Dia baru nak mengambil phone masa tu, terus berpaling kepada ku dan senyum..sejurus aku..
Aku terus tersenyum, "Yelaaa2, awak handsome..baru potong rambut kan?..","dah..dah..xpayah tengok handphone tangkap gambar dan tanya orang awak handsome..awak handsome.." - aku berseloroh terus
"Haah, baru potong rambut.." - W
Barangkali puas hati dengan jawapan ku.
Comel amat kau ni, aduihai.. macam-macam perangai dia ni. memang x reti malu tau..hahahhaa
.
.
Aku tetap mengingatkan diri, "Mizah, awak tak tahu dia betul-2 ke untuk awak.. banyak bersabar dan berdoa mizah.. harapan, menyakitkan. tetapi harapan kepada Allah untuk mendapat reda Nya adalah yang terbaik.."
Yaa.. Aku memang selamanya tidak dapat memegang hatinya.. apatah lagi hatiku sendiri.. Kepada Allah dipinta untuk mengengam hatiku untuk terus tetap dijalan-Nya.. Insya Allah..
No comments:
Post a Comment